Sabahan.NET D' Bawa By You

Full Version: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir
You're currently viewing a stripped down version of our content. View the full version with proper formatting.
Pages: 1 2
KOSMO Jumaat 14 November 2008

Quote:Dipetik dari
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia.name.my

Bernama
Sesiapa ada pengalaman menggunakan minyak masak kelapa sawit, boleh kongsi bersama forumer di sini.
hmm..
lepas ni lakula minyak masak kt pasaran hihihi Smile
ini yg aku teruja mau guna ni:

Petikan:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.ph...c&start=15
Quote:salam sejahtera dari saya sahabat baru semua,
saya dah mula mengguanakan minyak masak kelapa sawit hampir seminggu. saya menggunakan proton wira 1.5 auto.alhamdulillah berkesan. di sini saya huraikan kelebihan dan kelemahan minyak kelapa sawit sebagai minyak enjin.

Kelebihan:
1.enjin jadi smooth gegila
2.kelajuan kereta berbeza bila di atas jalan, tak sedar tekan 100km sejam,kalau idak atas highway tekan 110km sejam,enjin kereta saya mula mengeluarkan bunyi yg agak kuat cam pakai turbo..walhal standard ja.tetapi bila pakai minyak kelapa sawit,enijn jadi sepi.
3.penjimatan minyak yang ketara, saya bergerak hampir 120km, hanya dengan menggunakan minyak petrol sebanyak RM10.tu pon saya guna minyak BHP.

Kelemahan:
1.minyak kelapa sawit hanya 90% di dalam enjin dan tetap kena tambah 10% minyak enjin kereta (beli yg botoi kecik kat ESSO), saya cuba biarkan enjin kereta tidak di matikan selama 1jam 30 minit, mula membuat enjin kereta semput.tetapi setelah di atas jalan ia kembali normal.
2.susah cina kat bengkel nak percaya bila kita pi tukar minyak ni, mula banyak soalan..penat nak menjawab..akakakkekekkaakkek

itu sahaja saya nak kongsi pengalaman.
antara kenderaan yang saya dah test :
proton wira auto dan manual
kancil
satria
proton saga
evanza 1.3
datsun lama

motorsikal:
honda cup 70
ex5
kriss
RXZ

itu sahaja..
sekian..wassalam

sebarang persoalan leh email dekat email saya : aiztech@streamyx.com
-amin: alor setar
wah... kena2 lagi sekrang harga sawit merudum jatuh..tapi jgn risau... minyak sawit banyak gunanya... sebulan dua naik balik laa tu... so.. bersabarlah wahai paktombak2 sekalian.. tidak akan hilang sawit di sabah..
(16-11-2008 12:35 AM)AbgLang Wrote: [ -> ]KOSMO Jumaat 14 November 2008

Quote:Dipetik dari
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia.name.my

Bernama
Sesiapa ada pengalaman menggunakan minyak masak kelapa sawit, boleh kongsi bersama forumer di sini.

sia mo cuba try dan test laini... macam menarik... hehehehehe
ada sesiapa lagi yang sudah mencuba teknik ini? macam saya teruja tetapi was-was pun ada juga. kalau engin diesel buli ka?
mcm buli guna nie di enjin keta Gl saya hehe minyak masak jenama kelapa sawit kan ABGLANG
darrengt,
bah cuba kau test try experiment lah dulu.. lepas tu ceritakan pengalaman di sini. Dikatakan minyak yang paling best adalah minyak "Pemeringkatan Dua Kali"..
Minyak murni bah tu kan..
ok minyak murni akan ku try nie mlm hehe
jgn saja meletup engine Gl ko darren..

susah lagi hamid tolong tune..

bole guna klu dalam kesusahan..
Pages: 1 2
Reference URL's