You are not logged in or registered. Please login or register to use the full functionality of this board...


Post Reply 
Cerpin Pendek...
Author Message
WhiteDaisy Away
Moderator@Sabahan.NET
*****

Posts: 11,204
Joined: May 2007
Reputation: 21
Post: #11
RE: Cerpin Pendek...
hehehe..

fadzl,

malar ketagih pulak ko arr..
ba..klu ada post ko yg menarik, post la sekali
di sini arrr..

mana c 4ze ni arrr...dia ni pandai ni
bercite psl hal hal bgini...

hehe..

"Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."
^_^ Cakkk P0ngg....Cakkk P0ngg...^_^
03-11-2009 08:23 AM
Visit this user's website Find all posts by this user Quote this message in a reply
WhiteDaisy Away
Moderator@Sabahan.NET
*****

Posts: 11,204
Joined: May 2007
Reputation: 21
Post: #12
RE: Cerpin Pendek...
Baiklah,

(Credit from mel)

Tajuk: Ejah.

Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah, mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu dipukul dan di herdik.

Nak kata nakal tak adalah sangat. Adatlah, kanak-kanakmemanglah begitu. Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk di atas
tangga.

Kanak-kanak lain berlari-lari bermain di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula teringin bermain bersama kawan-kawan lain.

" Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Ani, teman sekelasnya " Tak naklah. Kita penat, " jawabnya acuh tak acuh sambil menggeleng. " Alah jomlah.

Awak tak payah lari kuat-kuat. Pelan-pelan pun boleh jek, "pujuk Ani. "Tak moh lah. Awak pegilah. Kita tengok jek, " jawabnya lagi.

Akhirnya Ani mengalah dan berlari
ke arah teman-teman yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arah mereka.

" Ejah! " tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam rumah. Segera dia berlari masuk.

Ayah berdiri bercekak pinggang di depannya. " Kau dahbuat kerja sekolah belum? " tanya ayah. " Hari ni tak ada kerja sekolah, " jawabnya perlahan. " Abis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak boleh tengok buku.

Kau tu bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar " herdik ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya. " Yang berdiri terkebil tu kenapa. Pergi baca buku, " herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya.

Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi pipi cengkungnya.

Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan.Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di tubuh kecilnya.

Tidak sanggap lagi rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah. Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum manis. Nenek kata itu adalah mamanya.

Dia tidak pernah berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darahkata
nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek dengan ketumpahan darah.

Dia selalu berfikir, kalau mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang selalu memukulnya. Mama mesti membelanya. Walaupun dia tidak pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang kepada mama.

Setiap kali papa memukulnya pasti dia akan mencari gambar mama.

Kepada gambar mamalah diceritakan dengan air mata yang berlinangan betapa sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada adik-beradik yang lain, hanya kepada gambar mamalahdapat dicurahkan kesedihannya.

Nak mengadu pada nenek, nenek tinggal jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu dia mengadu pada nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul.

Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. Hari ini dia kesekolah
seperti biasa. Begnya yang sarat dengan buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju ke bilik darjah. " Ejah! Tunggu kita, " jerit suara kecil dari belakang.

Ani berlari terkedek-kedek mengejarnya. Ejah hanya tersenyum kecil memandang Ani. " Awak nak datang tak rumah kita tak nanti lepas sekolah? " tanya Ani sambil mereka berjalan seiringan menujukebilik darjah."

Boleh ke? Mak ngan ayah awak tak marah ke? tanyanya ragu-ragu. "
Buat apa nak marah. Kita boleh belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian matematik, " jawab Ani sambil tersengeh. Ani memang selalu begitu.

Dia sentiasa kelihatan riang. Dia suka berkawan dengan Ani. Ani baik.

Selepas sekolah Ejah ke rumah Ani. Emak Ani tersenyum mesra semasa mereka sampai. " Marilah makan dulu Ejah. "Lepas makan baru belajar " pelawa Emak Ani sambil tersenyum.

Ejah hanya tersenyum malu. Baiknya emak Ani. Kalau Ejah mama masih hidup tentu mama pun baik macam ni. Mereka makan bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun ubi bercecah sambal belacan,
ikan kering sepat. Memang enak.

Pandai emak Ani masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi dimakan Ejah. " Makan banyak-banyak sikit Ejah. Kamu tu kurus sangat, " kata emak Ani sambil menyenduk nasi ke pinggannya. Ejah hanya mengangguk malu. " Jangan makan banyak sangat pula, nanti kamu jadi macam si Ani ni haa.. tembam " usik ayah Ani pula.

Ani hanya menjelir lidah pada ayahnya.

Ketawa berderai. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu dengannya.

Untung Ani dapat keluarga yang baik. Bila terkenangkan ayahnya Ejah mula terasa sedih. Air matanya di tahan. Malulah kalau menangis de depan orang.

Ejah dan Ani belajar bersama. Ayah Ani telah pergi semula ke tempat kerja. Emak Ani sibuk menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka. Ejahmenerangkan kepada Ani beberapa masalah
matematik.

Ejah sememangnya lebih pandai dari Ani. Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah menerima ilmu. Sekali di ajar sudah tentu difahami dan dihafalnya.

Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir ke pukul 4petang. Ejah panik. Ayah mesti marah kalau dia sampai lambat ke rumah.

Segera dia mengemas buku-bukunya. Ejah bergegas pulang. Berlari-lari anak dia pulang rumah. Sewaktu menaiki
tangga rumah hatinya berdebar-debar. Terbayang wajah ayah yang menyinga.

Kecut perutnya apabila membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di pintu langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan bercakap dengan ayah. Nenek!!!

" Biarlah aku bawa Ejah pulang ke rumah aku Jusoh. Di sini pun bukan ada siapa yang menjaganya. Kesian aku tengok dia tu, makan pakai tak terurus ". " Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya, " ayah bersuara acuh tak acuh. " Janganlah kamu berdegil Jusoh.

Mak bukan nak pisahkan kamu dari darah daging kamu sendiri. Cuma mak kesian dengan Ejah tu saja, " nenek
cuba memujuk ayah. " Mak ingat mak boleh menjaga si Ejah itu. Dia tu degil. Kalau mak berlembut sangat dengan dia mulalah dia naik kepala.

Tengoklah ni, dah petang-petang gini pun masih tak balik-balik lagi. Kemana agaknya merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah dia nanti. Kalau tak kena penangan memang sajalah, " terdengar nada marah di suara ayah.

Ejah hanya diam berdiri de belakang pintu. Menggigil ketakutan.

" Ejah tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau ingat mak tak tahu yang kau selalu memukul dia? "

" Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia. Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria masih hidup lagi, " jerkah ayah. "

Bukan dia yang mengadu Jusoh. Aku ni bukan buta. Birat-birat badan budak tu kau kerjakan. Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama. Hidup mati tu kan di tangan Tuhan,

". "Tak payahlah mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak saya, pandailah saya menjaganya, " Ejah membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata tertumpu ke arahn " Nenek, " jeritnya sambil berlari ke arah nenek.

Tangan nenek di cium hormat. " Dah besar dah cucu nenek ni, " ujar nenek. Ada nadasayu yang terselindung. Pipi Ejah dicium lembut " Kau

ke mana ha Ejah? "
herdik ayah. Tersentak Ejah. Ejah tunduk memandang lantai. Nenek mengusap lembut rambutnya. " Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja, " nenek membelanya.

" Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak. Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah besar kepala, " marah ayah. " Ejah, pegi tukar baju sekolah tu.
Kotor nanti, " ujar nenek lembut padanya. " Baiklah nek, " terus dia berlalu ke biliknya. Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek bertengkar.

Dia hanya diam membisu di atas katilnya. Hatinya sedih. Tak sangka dia yang menyebabkan mamanya mati.

Dia benci dirinya di saat itu. Patutlah ayah selalu marah padanya.
Patutlah ayah benci dirinya. Ejah terus menangis tersedu-sedu.
Tangisnya terhenti bila terdengar pintu berdentum. Nenek telah pulang.

Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan wajah menyinga. " Ke mana kau marayap hah? "
jerkahayah. Dia hanya diam sambil air mata mengalir ke pipi. " Jawab! " tengking ayah. Tersentakdia.

Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis. " Orang pergi rumah Ani, "jawabnya perlahan dan terketar-ketar sambil menahan sendu. " Kenapa?

Kau dah tak ada rumah? " marah ayah lagi. Ejah hanya diam membisu. Ayah menampar pipinya. Perit. Ejah terjatuh dari birai katil. Tangisnya semakin kuat. " Kau tak dengar aku tanya? Kau dah tak ada rumah sendiri nak merempat ke rumah orang? " tengking ayah sambil menarik rambut Ejah.

Dia hanya mampu mengikut tarikan tangan ayah. " E..ejah, Ejah pegi belajarkat rumah Ani, " jawabnya tersedu-sedu. " Ooh, belajar. Kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak.

Anak tak sedar diri, " jerit ayah lebih kuat. Sekali lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh kecil itu ke lantai. Ejah merintih kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya.Darah.

Ayah tidak berhenti disitu. Tubuh kecil Ejah disepak. Ejah merintih
penuh kesakitan. Tapi Ejah tidak melawan.

Langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti. Dia merasakan yang diamemang layak dipukul. Semuanya kerana apa yang berlaku pada mama.

Biarlah ayah pukul dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Ejah rasa berdosa pada mama. Ayah menarik rambut Ejah lagi dan sekali lagi penampar papa hinggap di pipinya.

Ejah tercampak ke dinding. Ayah terus menggila. Ejah yang kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya. Pandangan Ejah mula kabur. Diatidak lagi bergerak. Semuanya bertukar gelap... Ejah terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai.

Kepalanya terasa berat. Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu besar dan seluruh badannya sengal.

Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik. " Ejah! Ejah! Bangun! Kau dah tak nak sekolah, " garang suara ayah. Ejah cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat.
Penangan ayah semalam masih terasa.

Tubuhnya terasa begitu lemah. Pintu biliknya dibuka. Ayah

melangkahmasuk.
" Tidur lagi! " jerkah ayah. " Ee..ejah rasa tak sihat ayah, " jawabnya dengan suara yang dengar tak dengar. " Sudah, jangan nak mengada-ngada, " marah ayah sambil menarik tangannya. Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan juga untuk berdiri. " pergimandi, " ayah menolaknya ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi dan bersiap dia ke sekolah berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih lemah tetapi di
kuatkan juga.

Dia tidak mahu menaikkan darah ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk menahan sakit.

" Nurfaizah, " terdengar suara Cikgu Linda memanggilnya. Dia

memandang Cikgu Linda kosong. Siapa yang buat kamu macam ni? "

tanya Cikgu Linda sambil mengusap rambutnya. Ejah hanya diam membisu.

Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa sukar untuk bernafas. Pandangan mula kabur. Ejah merasakan
kaki begitu lemah dan tidak lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di lantai.

Dalam kabur-kabur dia mendengar Cikgu Linda memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar gelap dan sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat.Kepalanya tidak terasa berat atas berdenyut. Dia membuka matanya perlahan.

Ada ayah, ada nenek dan Mak Usu. Nenek menangis. Ayah pun
menangis. Tidak pernah dia nampak ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya perlahan. Tak pernah ayah buat begitu padanya.

Tiada tanda-tandakemarahan dan kebencian di wajah ayah. " Maafkan ayah nak, " suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Ejah tak faham kenapa ayah dan nenek sedih. " Kenapa semua
orang sedih, " tanya Ejah dengan kepayahan.

Janganlah sedih. Ejah cuma nak pergi jumpa mama. Ejah nak minta maaf pada mama. Ejah rindu mama, " Ejah bersuara perlahan. "Oh Ejah!

Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan tinggalkan ayah! " ayah merayu.

Air mata mengalir di pipi ayah. Ejah merasakan tubuhnya semakin ringan. Dia tersenyum memandang nenek, kemudian
ayah dan akhirnya ke arah mak usu.

Pernafasan Ejah mula tersekat-sekatdan akhir dada si kecil terhenti berombak.

Senyuman Ejah masih lagi di bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya. Menurut doktor, Ejah mengalami pendarahan dalam otak kerana hantukkan yang kuat.

Ejah juga kepatahan
beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan pada
paru-parunya. Ayah masih lagi meraung. Meraung, menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah dihargai selama hayatnya...

Insan kecil bernama EJAH..

ehem......

"Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."
^_^ Cakkk P0ngg....Cakkk P0ngg...^_^
03-11-2009 10:43 AM
Visit this user's website Find all posts by this user Quote this message in a reply
WhiteDaisy Away
Moderator@Sabahan.NET
*****

Posts: 11,204
Joined: May 2007
Reputation: 21
Post: #13
RE: Cerpin Pendek...
Baiklah,

Begini kisahnya....

Seorang lelaki muda pergi menemui seorang ahli hikmah.

'tuan, ajarkan saya ilmu hikmah' pintanya...

' kau benar benar inginkannya? tanya ahli hikmah..

'ya tuan,'

'kamu sedia diuji'?

'sedia' , jawabnya tanpa ragu.

'Baiklah bawa setempayan air ke hadapanku' pinta ahli hikmah.

Setampayan air segera dihadapkan di depan ahli hikmah oleh lelaki muda itu.

'mari ke sini, jengkukkan kepala mu kemuka tempayan ini'

lelaki muda itu pun merapatkan kepalanya ke mulut tempayan.

Tiba tiba ahli hikmah itu menekan dan mengenggelamkan kepala lelaki itu ke dalam air. Dia meronta ronta kelemasan, apabila nampak tidak berdaya, barulah kepalanya dilepaskan.

sebaik menghirup udara, ahli hikmah terus bertanya, ' apa yang kamu inginkan'?

' saya inginkan ilmu'

mendengar jawapan itu, sekali lagi kepala lelaki itu dibenamkan ke dalam air. Sekali lagi lelaki muda itu kelemasan. Kali ini lebih teruk dari sebelumnya, setelah hampir lepas, baru dilepaskan lantas soalan yang sama diajukan.

' apa yang kamu inginkan?'

' saya inginkan ilmu!!'

jawab lelaki muda itu, kali ini dengan keadaannya lebih tidak berdaya.

mendengar jawapan yang sama, ahli hikmah itu membenamkan sekali lagi kepala lelaki itu ke dalam tempayan, kali ini lebih lama. lelaki itu meronta ronta, kali ini jauh lebih hebat dan dahsyat dirasakannya, setelah hampir nyawa nyawa ikan, barulah dilepaskan.

' apa yang kamu inginkan..?'

'udara..udara...udara'
kata pemuda itu hampir kehilangan suara.

' sekarang, kamu telah bersedia belajar hikmah daripadaku,

jika kamu inginkan hikmah seperti kamu inginkan udara, baru lah kamu
layak mendapatkanya'

baiklah,
sahabat sahabat yang membaca kisah ni...^_^

dapat?? pengajaran..hehe..

ndak paam arrr...

Baikklah,

pengajarannya....

keghairahan yang tinggi terhadap ilmu akan menjadikan seseorang itu ghairah untuk belajar,
Imam Al-Syafi'i pernah menyifatkan dirinya dengan ilmu umpama ibu ayam yang kehilangan anaknya.

bgitulah cinta dan tinggi sekali keinginnnya untuk mendapatkan ilmu..


^_^

"Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."
^_^ Cakkk P0ngg....Cakkk P0ngg...^_^
06-11-2009 04:16 PM
Visit this user's website Find all posts by this user Quote this message in a reply
care3888 Offline
Pasport Sementara
**

Posts: 4
Joined: Oct 2009
Reputation: 0
Post: #14
RE: Cerpin Pendek...
wah bestnya cerpin kamu tu...boleh kasi kita pengajaran dan saling mengingati...thanks

Refleksologi Tanpa Kesakitan Melalui Pelekat Buang Toxin Dan Berkesan!!!


http://care3888.blogspot.com
07-11-2009 10:07 AM
Find all posts by this user Quote this message in a reply
WhiteDaisy Away
Moderator@Sabahan.NET
*****

Posts: 11,204
Joined: May 2007
Reputation: 21
Post: #15
RE: Cerpin Pendek...
(07-11-2009 10:07 AM)care3888 Wrote:  wah bestnya cerpin kamu tu...boleh kasi kita pengajaran dan saling mengingati...thanks

hehe..

cerpin ini...

adalah sebahagiannya dari mel yg daisy terima..
dan sebahagian lgi, adalah dari kawan kawan daisy 'di luar
sana' yang perhatin..

sekiranya care,
ada cerpin menarik, kita bole sama sama berkongsi
di sini...

cakkk~!

"Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."
^_^ Cakkk P0ngg....Cakkk P0ngg...^_^
09-11-2009 09:34 AM
Visit this user's website Find all posts by this user Quote this message in a reply
WhiteDaisy Away
Moderator@Sabahan.NET
*****

Posts: 11,204
Joined: May 2007
Reputation: 21
Post: #16
RE: Cerpin Pendek...
Baiklah,

SEORANG menteri yang tamak dan kaki rasuah selalu sahaja menyusahkan urusan pemerintahan Sultan yang adil.

Namun, untuk menghukumnya bukan mudah kerana si menteri tersebut mempunyai rangkaian perhubungan yang sangat kuat, sama ada di kalangan sesama menteri mahupun dengan angkatan tentera.

sulatan yang adil dan baik hati telah didesak berkali kali untuk mengenakan tindakan terhadap Menteri, anehnya baginda tetap sabar sehingga tiba pada suatu hari, baginda bertitah kepada Menteri tersebut.

'Hari ini kamu akan mendapat kurniaan besar daripada beta..'

'kurniaan apa tuanku, patik sedia menerimanya'
sahut menteri yang tamak itu dengan gembira.

' beta ingin mengurniakan kamu tanah..!!!'
titah sultan.

' Terima kasih tuanku, bole hamba tahu seluas mana, tuanku??'

'Begini, selepas subuh, kamu berjalanlah dari pintu istana ini sejauh mana yang kamu terdaya...
dan pulang semula sebelum waktu zuhur'

' maksud tuanku??'

' sejauh mana kamu mampu berjalan dan pulang semula ke istana, maka seluas itulah tanah yang akan dikurniakan kepada kamu..'

Betapa gembiranya menteri yang tamak itu.

Namun, para pegawai yagn lain mencemik, mengapalah sultan masih bermurah hati kepadanya???

Esok pagi selepas subuh, dia pun memulakan perjalanannya ke satu arah, jauh dan semakin jauh.

hampir waktu zuhur, para menteri dan pegawai istana dan Sultan menunggu ketibaan menteri yang tamak itu mengetahui seluas mana tanah yang bakal dianugerahkan.

Namun, si menteri tidak juga kunjung tiba, masuk solat zuhur, dan selepas mereka solat berjemaah, menteri yang ditunggu tidak juga tiba.

Tiba tiba seorang pengawal datang membawa berita,

'tuanku, menteri telah jatuh pengsan dalam perjalannya..........'

'perjalanannya pulang atau menjauh dari sini??' tanya Sultan.

' dalam perjalanan menjauh dari sini' jawab pengawal

'Ha!!!!'
serentak bunyi suara kehairanan bergema di seluruh istana.

Jelaslah sifat tamaknya itu mendorongnya pergi jauh dan semakin jauh dan tidak terfikir untuk pulang, hingga akhirnya jatuh pengsan kerana keletihan!!!

bagina Sultan tersenyum.

Dia telah berjaya menghukum menteri yang tamak itu.

cakk pongg cakk pongg...

apa pengajaran yang kita dpt dari cite ni...hehe..

orang yang tamak tidak akan cukup dengan yang sedikit dan tidak akan puas dengan yang banyak...

yala,
tidak menunggu orang lain untuk 'menghukum' orang yang tamak
sebaliknya sifat tamak itu sendiri akan menghukumnya..kan..kan..kan..

kannnnn...Jagung kan..kan..kan..

sama sama la kita ambik iktibar...

hehe

"Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."
^_^ Cakkk P0ngg....Cakkk P0ngg...^_^
09-11-2009 09:47 AM
Visit this user's website Find all posts by this user Quote this message in a reply
WhiteDaisy Away
Moderator@Sabahan.NET
*****

Posts: 11,204
Joined: May 2007
Reputation: 21
Post: #17
RE: Cerpin Pendek...
Baiklah,

KITA IBARAT PINGGAN

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita..

Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh..

Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai..

Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala..

Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya.

ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

sekadar menegur diri sendiri..

^_^

"Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."
^_^ Cakkk P0ngg....Cakkk P0ngg...^_^
09-11-2009 02:54 PM
Visit this user's website Find all posts by this user Quote this message in a reply
WhiteDaisy Away
Moderator@Sabahan.NET
*****

Posts: 11,204
Joined: May 2007
Reputation: 21
Post: #18
RE: Cerpin Pendek...
Kisahnya...

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.

Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya,

“Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran.

Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” .

Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang.

Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”.

Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya,
tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”.

Cuba sekali lagi.

Kali ini datuknya melihat dari pintu..

Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya.

“Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu. sedih...

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah?

Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung,

“Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya.

Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Moral:

Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita.


Wallahua'lam.

"Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."
^_^ Cakkk P0ngg....Cakkk P0ngg...^_^
10-11-2009 03:45 PM
Visit this user's website Find all posts by this user Quote this message in a reply
WhiteDaisy Away
Moderator@Sabahan.NET
*****

Posts: 11,204
Joined: May 2007
Reputation: 21
Post: #19
RE: Cerpin Pendek...
hehe..

a'ha best cite ni...jom kita kongsi arrr..

Tajuk: Apabila beruk menjadi Hakim.

Tupai dan tikus bergaduh berebut sebiji pisang yang mereka temui bersama.

Mereke bersetuju untuk berkongsi, tetapi apabila masanya untuk membahagikan pisang itu, masing masing hendakkan bahagian yang lebih.

Pergaduhan mereka didengar oleh beruk yang sedang berada di atas pokok berhampiran.

'biar aku menjadi hakim', kata beruk menawarkan diri.

Tikus dan tupai pun bersetuju, mula mula beruk menggigit pisang itu untuk membahgikan pisang itu untuk membahagikannya kepada dua bahagian,

dengan sengaja dia melebihkan satu bahagian dariapda bahagian yang lain.

Bahagian yang lebih itu diserahkan kepada tikus.

bahagian yang kurang diberikan kepada tupai.

melihat itu, tupai pun marah dan membentak, ' ini tidak adil, mengapa aku mendapat bahagian yang pendek dan tikus dapat bahagian yang panjang'?

'oh, mudah sahaja, mari aku samakan' kata beruk sambil mengambil bahagian pisang yang panjang pada tikus lalu dimakannya.

sengaja dimakannya sehingga bahagian pada tikut pula menjadi lebih pendek daripada pisang milik tupai.

dan begitulah berulang ulang sehingga pisang itu habis dimakan oleh beruk dan dia pun melompat semula ke atas pokok.

Pada ketika itu barulah tupai dan tikus sedar yang mereka sebenarnya telah tertipu.

hehe..

a'ha pengajarannya...

Kita tidak perlukan pihak yang berkepentingan untuk menjadi hakim dalam sebarang suasana dan keadaan.

Adalah mustahil untuk mengharap mereka berlaku adil dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Jauhilah daripada 'tipu daya' mereka demi ketenangan dan keamanan kita dalam diri dan masyarakat.


hehe..

"Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."
^_^ Cakkk P0ngg....Cakkk P0ngg...^_^
11-11-2009 10:29 AM
Visit this user's website Find all posts by this user Quote this message in a reply
WhiteDaisy Away
Moderator@Sabahan.NET
*****

Posts: 11,204
Joined: May 2007
Reputation: 21
Post: #20
RE: Cerpin Pendek...
cakk~!

Meh kita berkongsi satu pengalaman seorang sahabat..

Kisah benar ni...

citernya bgini...

'Ayah saya seorang pegawai tinggi kerajaan, cara hidup di rumah kami tidak ubah cara barat. di rumah kami ada minuman keras,Parti parti keraian sering diadakan di rumah, walaupun kami adalah Islam, Ayah tidak pernah sembahyang, bgitu juga ibu.

Islam itu amat jauh dari hati kami, saya sendiri merasakan bahawa itulah cara hidup yang maju dan moden, sya tidak nampak yang lain lagi...'

kata sahabat itu.

'Namun setelah mengikuti LAKIUM (Latihan kepimpinan Islam Universiti Malaya) persepi itu berubah, saya sedar tanggapan saya selama ini salah sama sekali'..

Seterusnya sahabat itu bercerita mengenai keinsafan pada dirinya yang begitu tinggi. kami terpegun dengan ceritanya.

'saya bertekad mengubah suasana rumah, saya berazam mengubah hidup saya supaya menjadi seorang muslim yang baik.,

Apabila tiba cuti penggal, saya balik ke rumah dengan perasaan sayu jauh dalam lubuk hati, kerana ayah dan ibu ku belum berubah.

Namun saya bertekad untuk mengubahnya, dengan izin allah' jelas ada rasa tabah yang tinggi dalam hatinya, kelihatan air matanya menitis.

'pertama, saya mengajak ayah berbincang tentang Islam. Ayah agak negetif pandangannya, saya sampaikan dengan nada yang lembut dan bersopan, supaya tidak dianggap sebagai kurang ajar.

Saya nyatakan kepada ayah tentang cantiknya Islam jika diamalkan.

Ayah belum mahu menerima apa yang saya sarankan.

Tetapi ada ketikanya dia tidak menjawab kenyataan saya, dia semacam terkejut, tidak menyangka anaknya kini berubah'.

' pada masa lain saya dekati ibu, mengajak ibu sembahyang, ibu tidak terkata banyak. Ibu sedar ada perubahan yang saya lalui, ibu tidak memarahi saya kerana perubahan itu.

' saya terus sabar dengan apa yang berlaku.

saya teruskan berdoa kepada Allah supaya ayah dan ibu akan berubah seperti mana apa yg berlaku pada diri anaknya ini'

ehem..
perkongsian kisahnya itu terus menarik minat kami, kami mendengar dengan khusyuk.

'Kali kedua pertemuan dengan ibu dan ayah, saya minta mereka buangkan botol botol arak yang ada di rumah, saya cuba jelaskan kepada mereka, arak itu jelas diharamkan dalam islam.

Ayah dan ibu tidak banyak berkata, mereka tidak bertengkar dengan saya seperti sebelumnya, saya berikan pandangan dan hujah dengan baik dan sopan, supaya ayah tidak menganggap saya memandai mandai dan kurang ajar kepadanya.

Sikap ayah akan saya hadapi dengan tabah dan saya tidak berputus asa dan terus berdoa supaya Allah melembutkan hati mereka terhadap sesuatu yang baik'

suara sahabat agak terputus putus menahan sebak, sebak kami mendengarnya.

'suatu petang, selepas ayah balik kerja, saya berjumpa ayah dan ibu, saya mohon dengan harapan yang tinggi supaya ayah berubah, menjadi orang islam yang baik dan taat.

Mula mula berlaku pertukaran pendapat, saya memberikan pandangan tentang apa yang mereka lakukan selama ini, yang mana semua itu tidak selari dengan kehendak islam.

'mereka bimbang saya terlibat dengan ajaran sesat dan songsang, serta khuatir saya terlibat dengan dakwah ekstrem.

saya nyatakan kepada ayah bahawa saya bukan dalam kumpulan itu,

saya pelajari islam secara ilmu, saya ingin jadi orang yang berpengetahuan dan berwatak islami.

Akhirnya ayah mengalah, dan tidak mahu terus berbalah dengan saya'

'sepanjang cuti penggal itu, saya terus mencari kesempatan berbual dan berbincang dengan ayah dan ibu tentang keindahan islam.

Betapa ibu bapa harus menjadi contoh ikutan kepada anak anak, betapa ayah dan ibu dibesarkan dalam suasana barat dan tidak terdedah dengan suasana islam., betapa umat islam memerlukan kepimpinan contoh supaya islam akan sentiasa subur dalam sistem dan kehidupan.

Ibu semacam mula mengerti tetapi ayah diam sahaja tidak banyak berkata kata.

' pada waktu maghrib itu, buat pertama kalinya saya melaungkan azan di rumah.

tentunya ia suatu yang baru bagi keluarga kami, saya mengajak ibu dan ayah sembahyang berjemaah, mereka diam dan tidak berkata apa apa , saya menunggu agak lama lalu saya sembahyang sendiri.

Selepas sembahyang saya memboca doa dalam bahasa melayu, sambil betul betul berdoa dengan bersungguh sungguh demi kasian kepada meraka'

'sedang saya berdoa,

tiba tiba saya rasa ada beberapa titis air jatuh atas tapak tangan saya,

saya mendongak ke atas, menoleh kiri dan kanan, saya melihat ayah dan ibu sedang berdiri di belakang saya dan mula hiba dan teresak esak.

saya bangun memeluk ayah dan ibu, Allah telah memakbulkan doa saya'

kami semua rasa sebak dengar citer sahabat itu..

'ayah bukan tidak mau sembahyang, tapi ayah tidak tahu sembahyang..' kata ayah saya...

ayah mendakap saya erat sambil menangis teresak esak, ibu pula memeluk saya dengan esakan yang lebih panjang...

Saat itu saya sangat sangat terharu dalam syukur yang amat tinggi dengan segala yang berlaku.

'tolong ajarkan kami sembahyang..' kata ayah, 'ajarkan ibu sembahyang..' kata ibu saya jugk...

peristiwa itu tidak akan saya lupakan sepanjang hidup, Allah memakbulkan doa saya akhirnya melembutkan hati hati manusia yang amat saya sayangi untuk kembali ke pangkal jalan...

sahabat itu mengakhiri kisahnya dengan air mata yang luruh berderai..

dan citer itu patut kita jadikan iktibar pada diri kita..


ehem...ehem...

"Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."
^_^ Cakkk P0ngg....Cakkk P0ngg...^_^
13-11-2009 11:13 AM
Visit this user's website Find all posts by this user Quote this message in a reply
Post Reply 


Forum Jump: