Sekarang ini Sabahan.NET telah mencipta sejarah lagi membuat Radio Community Online Sabahan.FM .
Untuk melayari Sabahan.NET bolehlah terus ke
http://www.sabahan.net/
dan untuk mendengar Radio Sabahan.FM bolehlah menggunakan winamp atau windows media player dengan open URL
http://sabahan.fm/listen.pls
Radio Online Sabahan.NET juga akan menjadi yang pertama (sekurang-kurangnya di Malaysia) mewujudkan konsep DJ@Walk atau DJ yang sedang berjalan-jalan (atau di Jalanan/ soping complex) membuat siaran secara langsung. Siaran pertama DJ@Walk semalam (7 April 2008) saya buat dari KLIA dengan menggunakan talian internet percuma di KLIA Golden Lounge.
Lepas ini kita mungkin akan mencari lagi DJ-DJ baru. Sesiapa yang berminat (hobi) untuk menjadi DJ Online bolehlah hubungi saya. Tapi tiada gaji yeah.
Laman web Radio Sabahan.NET masih belum diwujudkan.. hanya menumpang dengan laman web sedia ada iaitu forum Sabahan.NET..
Anda semua dipelawa mendaftar di Sabahan.NET dan juga dipelawa untuk mendengar lagu-lagu Sabahan
http://sabahan.fm/listen.pls
Harap kita semua Sabahan khususnya dapat bersama-sama bersatu dan sama-sama saling support. Jangan gila kuasa, jangan jeles-menjeles, jangan jatuh menjatuh. Seperti tagline Sabahan.NET sebelum ini, Sabahan.NET: Komuniti Kita Untuk Semua. Yang bermakna komuniti Sabahan ini bukan sekadar untuk orang-orang Sabah sahaja, Tetapi untuk semua sekali seantaro planet yang ingin mendalami budaya Sabahan dan bergaul dengan Sabahan.
Kalau lihat pada Forum Sabahan.NET ada ditulis juga, Sabahan.NET D' Bawa By You. Ini bermakna komuniti ini dipandu arah oleh kesepakatan ahli-ahlinya. Komuniti ini memerlukan input dari ahli-ahlinya dari aspek menyertai forum terutamanya, di samping selalukan mendengar radio Sabahan.FM dan juga menyertai perbualan kosong di shoutbox. Ahli-ahli juga amat digalakkan untuk turut serta mempromosikan Sabahan.NET ini kepada rakan-rakan di Malaysia atau luar negara.
Kepada pemilik-pemilik lagu, atau sesiapa yang mempunyai hakcipta lagu-lagu yang diputarkan di Radio Online Sabahan.FM
Untuk pengetahuan anda, radio ini diwujudkan semata-mata untuk komuniti tanpa mengambil keuntungan. Pihak Sabahan.FM tidak akan membayar royaliti kepada untuk lagu-lagu yang disiarkan di Sabahan.FM . Sekiranya anda tidak bersetuju lagu anda disiarkan tanpa royaliti, anda bolehlah menghubungi saya dan senaraikan lagu-lagu anda untuk untuk dikeluarkan dari senarai lagu Sabahan.FM
Ketua Kampung
http://www.sabahan.net/